Disebut orang sebuah negara,
Aman dan makmur hidup sejahtera,
Bumi bertuah digelar Malaysia,
Sangatlah megah serata buana.
Rakyat jelata semua bersaudara,
Pelbagai bangsa berbilang agama,
Serumpun di bawah panji negara,
Terzahir visi keluarga Malaysia.
Sumber buminya melimpah ruah,
Hasil mahsulnya berkongsi barokah,
Bagai hati gajah sama dilapah,
Hatinya kuman sama dicecah.
Adapun Covid datang menyerang,
Seluruh negara berkongsi walang,
Berganding bahu bak perisai menghadang,
Sayangkan nyawa jiwa nan melayang.
Rakyat dibantu serata negeri,
Rezeki diagih kanan dan kiri,
Harapnya dagang kukuh berdiri,
Negara kan maju memacu ekonomi.
Syukurlah hidup di bumi bertuah,
Kekal bersama bukanlah mudah,
Saling menjaga janganlah lelah,
Rukun dan damai sangatlah indah.
Karya : Rahayu binti Kamis

Ardiana Madihah dok senyum, sehari selepas umah dia kena pecah masuk.
